24 February 2017

Rimba Pencakar Biru

Padang rimba pencakar biru,
Merenggut sinaran dari pagi,
Aku memilih berlari,
Bertukar nafas dengan peluh,
Canangkan strategi pada setiap mimpi,
Mengejar kilau syarikat dan reputasi

Tersujud di sudut pintu berpilar,
Lelaki kecil berjubah kumal,
Mengulur jemari menanti hujan perak,
Hendak meretas iba insan yang penuh semangat

Ragam hidup wilayah niaga..
Mesin beradu deru membunuh sunyi..
Wajah tergesa tak bersuara..
Mata liar menyusur mangsa..
Berseragamnya kearoganan yang seragam..

Sebentar aku berhenti,
Nikmati seteguk aroma zona sentral..
Dimana tradisi bertanding dengan teknologi,
Megah semakin sibuk mengikis marjinal,
Memancing di air keruh pun tak lagi umpama..

Siapa sama dengan aku ?
Masih berlari dan berpeluh,
Bercanang strategi pada tiap mimpi,
Berbenteng rimba pencakar biru

-Maja 24022017-










No comments:

Post a Comment